Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengasah catat untung lebih RM374,000
Published on: Friday, May 31, 2024
Published on: Fri, May 31, 2024
Text Size:
Text:
Pengasah catat untung lebih RM374,000
Kota Kinabalu: Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) mencatat keuntungan lebih RM374,000 menerusi aktiviti berkaitan perikanan yang dilaksanakan persatuan itu pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Arsit Sedi, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara, iaitu lebih 70 peratus, berbanding keuntungan kira-kira RM216,000 yang dicatat pada 2022.

Advertisement
Katanya, dengan keuntungan itu, Pengasah mampu membayar dividen berjumlah lebih RM30,000 kepada ahlinya pada tahun lalu, berbanding hanya kira-kira RM25,000 pada tahun sebelumnya.

“Pada 2021, Pengasah mencatat keuntungan kira-kira RM300,000, disusuli RM216,000 pada 2022, menunjukkan ada penurunan jumlah keuntungan pada masa itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun, pada tahun lalu kita berjaya meningkatkan semula keuntungan Pengasah dengan kutipan lebih RM374,000 dan hasilnya kita juga dapat membayar dividen yang lebih besar kepada pelabur atau ahli kita,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pengasah Ke-27, di Klagan Hotel, di sini, malam Isnin lepas.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Advertisement
Turut hadir Pengarah LKIM Sabah, Mohd Jamil Abdullah dan Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dari 16 kawasan seluruh negeri.

Arsit berkata, kebanyakan keuntungan diperolehi Pengasah adalah melalui hasil jualan minyak kepada nelayan, selain tangkapan ikan yang didaratkan nelayan.

Advertisement
Katanya, persatuan itu mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan lagi aktiviti yang berpotensi memberi pulangan besar, termasuk membuka pusat pendaratan ikan di Sandakan, yang turut disasar dijadikan hab perikanan laut dalam.

“Tanah untuk kemudahan itu sudah tersedia dan kita juga sudah ada pelabur yang berminat dari China untuk membangunkan kemudahan itu bersama Pengasah,” katanya.

Beliau berkata, Pengasah juga melihat potensi aktiviti hiliran berkaitan perikanan selain penghasilan dan penjualan bongkah ais untuk memenuhi keperluan kapal nelayan.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata Sabah memiliki banyak potensi perikanan yang boleh dibangunkan dan dimanfaat Pengasah serta PNK di seluruh negeri ini.

Katanya, ia termasuk mengeksport ikan ke Semenanjung berikutan permintaan dan harga hasil perikanan yang lebih tinggi di sana berbanding pasaran negeri ini.

“Syarikat perikanan kebanyakannya mengeksport ikan dari Sabah ke negara luar tetapi kita melihat kenapa tidak Pengasah dan PNK di Sabah ini mengambil usaha mengeksport ikan ke Semenanjung.

“Selain harga yang lebih tinggi, ia juga dapat meningkatkan keterjaminan makanan, khususnya bekalan ikan di Semenanjung dan pada masa yang sama dapat membantu nelayan meningkatkan pendapatan,” katanya.

Beliau juga menekankan pentingnya Pengasah dan PNK menceburi aktiviti hiliran perikanan bagi menghasilkan produk yang boleh menambah hasil nelayan dan persatuan di negeri ini.

Pada majlis itu, Muhammad Faiz turut menyaksikan penyerahan zakat Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kepada PNK di Sabah sebanyak RM71,898.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here