SANDAKAN: Adalah tidak munasabah jika pihak berkuasa ma-sih melakukan kajian untuk menentukan sumber air baharu 17 bulan selepas masa-lah bekalan air terawat di sini dibangkitkan oleh pemimpin tempatan, kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon.
Poon yang juga Pengerusi Sabah Development Berhad dan Adun Tanjung Papat antara yang pertama membangkitkan masalah itu berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan Jabatan Air Sandakan masih menjalankan kajian.
“Dalam mesyuarat mengenai kemajuan pembangunan projek-projek kerajaan di Sandakan pada 28 Mei, saya mengambil kesempatan untuk menyoal pegawai yang mewakili Jabatan mengenai situasi dan tindakan yang telah diambil berhubung bekalan tidak berkesudahan air terawat dengan bacaan tinggi jumlah pepecat terlarut (TDS) yang tidak menyenangkan kepada penduduk Sandakan.
Advertisement





