Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri: Shafie
Published on: Tuesday, June 04, 2024
Published on: Tue, Jun 04, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri: Shafie
Shafie berkata kemudahan untuk rakyat juga perlu dinilai dan dinaik taraf dalam merealisasikan langkah itu terutama melibatkan pendidikan serta kesihatan kerana Sabah jauh ketinggalan berbanding Semenanjung.
PAPAR: Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan, kata Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Justeru, bekas Ketua Menteri itu berkata langkah dan pelan penyelesaian isu miskin tegar di Semenanjung tidak sepatutnya digunakan secara terus di Sabah sebaliknya kerajaan diharap dapat merangka strategi yang khusus untuk Negeri di Bawah Bayu.

Advertisement
“Perlu ada penelitian secara mendalam situasi ini... langkah terperinci perlu untuk kita bantu kumpulan sasar ini... kita tidak mahu nanti esok kita nyatakan jumlah miskin tegar telah dapat dihapuskan sedangkan ada lagi yang begitu daif di peringkat negeri,” katanya selepas melawat Kampung Kuala Pantai Manis di sini hari ini.

Meskipun menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan Pesta Kaamatan pada Jumaat lepas mengenai langkah menghapuskan miskin tegar di Sabah sebelum Julai ini, Mohd Shafie berkata usaha menyeluruh perlu dilakukan kerana jumlah yang terlibat amat ramai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kemudahan untuk rakyat juga perlu dinilai dan dinaik taraf dalam merealisasikan langkah itu terutama melibatkan pendidikan serta kesihatan kerana Sabah jauh ketinggalan berbanding Semenanjung.

Anwar dalam ucapannya yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Sabah berkurangan daripada 20,000 kepada 9,000 setakat ini.

Advertisement
Perdana Menteri berkata isu kemiskinan tegar di Sabah lebih serius berbanding negeri lain justeru, kerjasama bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diperkukuh ke arah menyelesaikan masalah tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here