Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dr Wan Azizah gesa Puspanita tingkat jalinan kerjasama
Published on: Wednesday, June 05, 2024
Published on: Wed, Jun 05, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dr Wan Azizah gesa Puspanita tingkat jalinan kerjasama
Dr Wan Azizah turut memuji kemampuan Puspanita membangunkan pelbagai sistem untuk kegunaan dalaman yang membuktikan ia pertubuhan berdaya saing dan sentiasa berusaha melakukan pelbagai penambahbaikan.
PUTRAJAYA: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) perlu meningkatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan setiap inisiatif dilaksanakan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar.

Penaung Puspanita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persatuan itu berjaya melaksanakan 1,443 program dan aktiviti di peringkat kebangsaan dan cawangan di seluruh negara termasuk aktiviti turun padang dan pembinaan masyarakat pada tahun lepas.

Advertisement
Beliau berkata sepertimana digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI, pembangunan fizikal harus diseimbangkan dengan pembangunan insan dan setiap sumber yang digunakan mesti mendatangkan pulangan berbaloi dan bermanfaat kepada kumpulan sasar.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan supaya setiap ahli Puspanita memahami dan menghayati serta melaksanakan aspirasi negara, Membangun Malaysia MADANI yang dijajarkan Kerajaan Perpaduan kini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setiap teras Malaysia MADANI membawa seribu satu nilai positif yang diperlukan untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik dengan kerjasama semua pihak di setiap peringkat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita ke-42 di sini hari ini.

Dr Wan Azizah turut memuji kemampuan Puspanita membangunkan pelbagai sistem untuk kegunaan dalaman yang membuktikan ia pertubuhan berdaya saing dan sentiasa berusaha melakukan pelbagai penambahbaikan.

Advertisement
Beliau berkata Puspanita juga perlu memanfaatkan kemajuan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) serta memainkan peranan lebih signifikan dalam segenap aspek pembangunan negara.

Pada majlis itu Dr Wan Azizah turut menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan Puspanita kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan melancarkan Buletin Puspanita Mendepani Cabaran edisi kelapan.

Advertisement
Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Norizam Che Mohd Nor.

Sempena mesyuarat itu, Puspanita turut mengadakan PUSPANITA-Biz and Sidang Kemuncak Digital dengan tema Let’s Go and Grow with Digital.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here