Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gesaan ajar kanak-kanak Kadazan Dusun Murut Rungus bahasa ibunda
Published on: Thursday, June 06, 2024
Published on: Thu, Jun 06, 2024
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
Gesaan ajar kanak-kanak Kadazan Dusun Murut Rungus bahasa ibunda
JUPPERI (ketiga dari kanan) bersama juri lain mengadili pertandingan memasak.
KOTA MARUDU: Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Bangsa Malaysia (PBM), Jupperi Lenson menggesa masyarakat KMDR supaya mengajar anak-anak mereka bahasa ibunda supaya bahasa ini tidak pupus dalam era teknologi moden hari ini.

Beliau berkata masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus harus mempertahankan bahasa ibunda yang menjadi identiti masyarakat ini.

Advertisement
Pengajaran bahasa ibunda seharusnya dimulakan di rumah oleh ibu bapa dan perlu dijadikan perbualan seharian antara ibu bapa dan anak-anak.

“Bahasa ibunda kita hari ini perlu dipertahankan dan diajar kepada anak-anak kerana anak-anak kita adalah pelapis generasi akan datang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pesta Kaamatan Mukim Mangaris anjuran PBM dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Mangaris dihadiri kira-kira 1,000 orang yang datang dari daerah ini, Pensiangan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Penampang dan Sipitang.

Antara acara yang diadakan ialah ratu fesyen kanak-kanak, ratu ibu dan Unduk Ngadau, selain itu, pertandingan memasak tradisional turut diadakan, manakala acara kemuncak memecahkan guni yang turut menjadi tarikan pengunjung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here