Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Miliki MyKad palsu: Dua dipenjara
Published on: Thursday, June 06, 2024
Published on: Thu, Jun 06, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Miliki MyKad palsu: Dua dipenjara
Herman dan Haninah
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhi hukuman penjara 18 bulan ke atas dua warga asing, masing-masing, kerana memiliki MyKad palsu sebagai dokumen pengenalan diri.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Herman Umar, 36, dan Haninah Tanis, 48, selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan melakukan kesalahan itu di bawa Seksyen 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Advertisement
Herman mengaku memiliki MyKad palsu bernombor siri 880819-12-6175 di bawah namanya pada 28 Mei jam 3 petang di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Haninah mengaku memiliki kad pengenalan palsu bernombor siri 760515-12-6246 atas namanya, juga di tempat sama pada 29 Mei, jam 11 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam kes Herman, pegawai pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Nadzeri memaklumkan mahkamah bahawa dia didapati menyerahkan dokumen tersebut untuk pengesahan.

Advertisement
Herman kemudian ditahan apabila semakan oleh Jabatan mendapati MyKad yang dimilikinya tiada dalam rekod JPN.

Semakan pada cap ibu jari Herman juga mendapati ia tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan itu.

Advertisement
Sementara itu, dalam kes Haninah, dia berada di sana untuk menyemak status permohonan kad pengenalan penduduk sementaranya.

Siasatan mendapati Haninah mempunyai kes berkaitan aduan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Kota Kinabalu bertarikh 4 Jun 2019 yang dihantar ke JPN untuk tindakan lanjut terhadap Haninah kerana menggunakan kad pengenalan palsu.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah mendapati Haninah memiliki resit kad pengenalan sementara (MyKas) di bawah namanya dan hasil carian turut mendapati dia mempunyai MyKad palsu di bawah namanya, yang ditemui dalam beg di dalam keretanya.

Siasatan lanjut juga mendapati Haninah memiliki sijil kelahiran berstatus Tidak Ditentukan (Bukan Warganegara) sebagai dokumen pengenalan diri.

Siasatan lanjut Bahagian Kad Pengenalan JPN Sabah dan semakan cap ibu jari Haninah mendapati Mykad nombor 760515-12-6246 merujuk kepada Haninah.

Bagaimanapun, status dalam rekod jabatan bagi nombor pengenalan itu ialah Penduduk Sementara dan bukan Warganegara, seperti yang tertera pada kad pengenalan yang dimilikinya, kata pihak pendakwaan.

Semasa mitigasi, kedua-duanya merayu hanya dikenakan hukuman denda.

Herman berkata, dia perlu menjaga ibu bapanya yang semakin berusia manakala Haninah berkata dia bekerja sebagai tukang kebun.

Mahkamah memerintahkan Herman dan Haninah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap masing-masing dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here