Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Maritim Sandakan rampas 800 liter petrol bersubsidi
Published on: Friday, June 07, 2024
Published on: Fri, Jun 07, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Maritim Sandakan rampas 800 liter petrol bersubsidi
32 tong jerigen mengandungi petrol yang dirampas.
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan merampas 800 liter minyak petrol bersubsidi di pantai Kampung Tanah Merah, di sini pada petang Rabu. 

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim, Muhamad Suhairy Hussain berkata, minyak petrol yang diisi di dalam 32 tong jerigen dirampas selepas aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan sebuah bot pancung disyaki penyeludup. 

Advertisement
“Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi pada pukul 5.00 petang telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan bergerak menuju ke perairan Tanjung Batu. 

“Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara dan siren untuk pemeriksaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, bot tersebut telah berpatah balik dan memecut laju menuju ke pantai berhampiran Tanah Merah Sandakan dalam usaha meloloskan diri daripada dikejar,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis. 

Muhamad Suhairy berkata, dua suspek yang berada di dalam bot berjaya meloloskan diri dan meninggalkan bot pancung tersebut.

Advertisement
“Bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan menggunakan enjin sangkut 75 kuasa kuda itu berjaya ditahan pada pukul 5.30 petang di kedudukan 0.3 batu nautika barat Kampung Tanah Merah Sandakan,” tambahnya. 

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Advertisement
Beliau juga berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini. 

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here