Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sebutan semula kes adik-beradik tiri didakwa membunuh pada 11 Julai
Published on: Friday, June 07, 2024
Published on: Fri, Jun 07, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sebutan semula kes adik-beradik tiri didakwa membunuh pada 11 Julai
Nurima dan Sadam dituduh membunuh Nurman Bakaratu, 61, di antara jam 7.30 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan 2023 di ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Batu 5, Jalan Apas, di sini.
TAWAU: Mahkamah Majistret pada Khamis menetapkan 11 Julai tahun ini untuk sebutan kes membabitkan seorang wanita dan abang tirinya yang didakwa membunuh pemandu e-healing yang merupakan bekas suami wanita itu.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menetapkan tarikh itu untuk Nurima Juli, 35, dan Sadam Kiram, 30, selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa notis rekuisisi untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi masih belum diterima.

Advertisement
Nurima dan Sadam dituduh membunuh Nurman Bakaratu, 61, di antara jam 7.30 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan 2023 di ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Batu 5, Jalan Apas, di sini.

Pada 26 April tahun ini, kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dan dengan sebat sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sadam juga didakwa melupuskan barang bukti membabitkan penemuan mayat Nurman di mana dia melupuskan gunting dan dompet milik Nurman di antara jam 7.30 malam dan 11.30 malam pada hari sama.

Terdahulu, Nurima menjadi saksi utama kes pembunuhan berprofil tinggi yang sebenarnya melibatkan pegawai kanan polis – bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, SAC Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain yang didakwa bersubahat dan membunuh Nurman.

Advertisement
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi melepaskan kelapan-lapan mereka selepas Nurima yang hadir sebagai saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa dia telah menikam bekas suaminya dengan gunting.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala kedua-dua mereka tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here