Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi bakal dibuka Oktober
Published on: Friday, June 07, 2024
Published on: Fri, Jun 07, 2024
By: Stefyanie Myla Michael
Text Size:
Text:
Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi bakal dibuka Oktober
“Pelancaran ditangguhkan disebabkan kekangan dihadapi, termasuk penyiapan bangunan oleh kontraktor, di samping pembelian peralatan teknikal untuk pendakian serta pemasangannya di puncak gunung,” Maklarin berkata.
Kundasang: Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi (PLPAT) di Malaysia bakal dibuka pada Oktober tahun ini di Gunung Kinabalu, kata Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim, di sini, Rabu lepas.

Berucap semasa Majlis Memperingati Mangsa Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu 2015 di Kiau Gap View di Taman Kinabalu, di sini, Maklarin berkata selain PLPAT, Asrama Layang-Layang kini dalam pembinaan dan peralatan teknikal sedang disediakan untuk penyiapannya.

Advertisement
“PLPAT dan Asrama Layang-Layang dijangka siap serentak pada Oktober. Saya berharap sasaran ini dapat dicapai kerana pada asalnya, pelancaran tersebut dijadualkan untuk pagi ini.

“Pelancaran ditangguhkan disebabkan kekangan dihadapi, termasuk penyiapan bangunan oleh kontraktor, di samping pembelian peralatan teknikal untuk pendakian serta pemasangannya di puncak gunung,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here