Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sawit Kinabalu jadi perintis Taman Teknologi Hijau
Published on: Friday, June 07, 2024
Published on: Fri, Jun 07, 2024
Text Size:
Text:
Sawit Kinabalu jadi perintis Taman Teknologi Hijau
HAJIJI diiringi oleh ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu menandatangani plak bagi merasmikan ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu.
Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu (Sawit Kinabalu)  akan menjadi perintis Taman Teknologi Hijau (GTP) di Sabah, sekali gus menyokong usaha kerajaan negeri ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan. 

Bagi merealisasikan matlamat itu, Sawit Kinabalu melalui anak syarikatnya, Sawit Palm Oil Industrial Cluster Sdn Bhd (SPOIC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB) bagi penubuhan GTP.  

Advertisement
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu di Blok B, Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis. 

Sawit Kinabalu diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Victor Ationg sementara NGGB diwakili oleh Pengarah Urusan

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kumpulannya, Dato’ Lim Thiam Huat. Datin Stella Ambrose (Sawit Kinabalu) dan Dato’ Mohd Yusof Din (NGGB) menjadi saksi kedua-dua entiti itu. 

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan menerokai dan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama GTP seperti mewujudkan Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan (CPC), Kilang Pulpa, Loji Rawatan Air Mentah dan Dandang Stim di tanah seluas 400 ekar milik SPOIC di Sandakan.  

Advertisement
Konsep perniagaan hijau GTP memberi penekanan kepada tenaga boleh diperbaharui, pemulihan, dan penghapusan sisa yang merupakan asas bagi ekonomi hijau, yang boleh mengurangkan risiko alam sekitar dan seterusnya memacu Sawit Kinabalu ke arah pembangunan mampan.  

Terdahulu, Hajiji merasmikan ibu pejabat baharu Sawit Kinabalu dan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. 

Advertisement
Beliau kemudiannya menyaksikan pembayaran zakat perniagaan Sawit Kinabalu bagi 2023 berjumlah RM 800,000 daripada Victor kepada Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Mohd Dandan @ Ame Haji Alidin. 

Menurut Victor, Kumpulan Sawit Kinabalu komited untuk terus menunaikan kewajiban membayar zakat perniagaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan pemerkasaan masyarakat, sesuai dengan keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat itu, berikutan prestasi harga minyak CPO yang dijangka meningkat pada masa akan datang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here