Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Angkat berat: Sabah rangkul dua emas
Published on: Saturday, June 08, 2024
Published on: Sat, Jun 08, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Angkat berat: Sabah rangkul dua emas
Irene (kiri) dan Adrianne
Kota Kinabalu: Atlet Sukma Sabah merangkul dua pingat emas awal pada hari pembukaan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Segamat, Johor pada Jumaat.

Irene Jane Henry, 19 tahun, pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah di sini yang merangkul emas dalam kategori 45 kg wanita dengan mengangkat 72 kg dalam acara clean and jerk, turut mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara snatch dengan 60kg, satu kg lebih baik daripada rekod lama.

Advertisement
Satu lagi emas dimenangi pada sesi pagi oleh Adrianne Jane Sarin dari Kinarut dengan angkatan 51kg dalam acara snatch, clean and jerk dengan angkatan 60kg dalam kategori 49 kg wanita.

Ellma (kiri) dan Velerick

Kontinjen negeri turut memenangi dua lagi gangsa menerusi Ellma Suzie Henry yang berusia 13 tahun (snatch 30kg, clean & jerk 42kg) dalam kategori 45kg remaja wanita, dan Velerick Martin (snatch 95kg, clean & jerk 115kg) dalam kategori senior lelaki.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah diwakili oleh skuad 18 anggota untuk acara tiga hari itu. 

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah Philip Gisan sebelum ini berkata keutamaan mereka adalah untuk memberi peluang kepada atlet Sukma bertanding bagi menilai prestasi, keberkesanan program latihan mereka, manakala peserta belia diberi pendedahan dalam usaha memajukan sukan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here