TAMBUNAN: Kiawayan Dance Club (KDC) Sekolah Kebangsaan (SK) Kiawayan Tambunan yang pernah melakar nama di pentas antarabangsa, sekali lagi mewakili Malaysia ke Pertandingan Asia Folk 2024 Festival yang akan berlangsung di UlaanBataar, Mongolia pada 14 hingga 16 Jun ini.
Menurut Guru Besar SK Kiawayan Geoffery Joseph Chong, KDC SK Kiawayan merupakan Juara Harmanfolk Folklore Festival di Instanbul Turki pada tahun 2019.
Pada ketika itu katanya, kelab ini menewaskan 51 negara yang bertanding dalam festival itu.
“Kami juga bertekad dan berharap akan mempertahankan kejuaraan di pentas dunia itu pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Pesta Kaamatan Kampung Tondulu, baru-baru ini.
Advertisement





