KUNAK: Pembuangan sampah yang tidak sistematik sejak sekian lama telah mencemarkan kawasan sekitar termasuk tanah perkuburan Kristian, berhampiran Kg Simpang Empat di sini.
Kawasan yang dijadikan transit oleh sebilangan mereka yang kurang kesedaran sivik terhadap aspek kebersihan menyebabkan persekitaran di situ kotor dengan banyak sisa pepejal termasuk plastik, tin kosong, lampin pakai buang, botol, sisa makanan, dan pelbagai jenis sampah yang lain.
Difahamkan kawasan dicemari sampah itu merupakan tanah milik sebuah syarikat perladangan swasta yang mana terdapat sebilangan penduduk berhampiran menggunakan jalan singkat dengan membuang sampah di situ.
Advertisement





