Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita maut dipercayai dipukul suami
Published on: Wednesday, June 12, 2024
Published on: Wed, Jun 12, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Wanita maut dipercayai dipukul suami
Yusri yang mengesahkan kejadian itu berkata kes tersebut masih dalam siasatan oleh pasukan polis daerah Ipoh.
IPOH: Seorang wanita maut dipercayai selepas dipukul oleh suaminya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang mengesahkan kejadian itu berkata kes tersebut masih dalam siasatan oleh pasukan polis daerah Ipoh.

Advertisement
“Saya sahkan kejadian itu, siasatan penuh nanti saya akan minta daripada OCPD Ipoh (Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad) sebab mereka sedang kumpulkan semua bukti, masih dalam siasatan lagi,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis turut menemukan barangan kes yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian jenayah itu antaranya pisau dan lower arm kereta, selain mengesahkan suspek telah ditahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, media melaporkan kejadian itu dikatakan bermula daripada pertengkaran antara mangsa dan suaminya sebelum suspek bertindak memukul mangsa.

Media turut melaporkan wanita itu dipercayai sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here