Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah mengeluarkan 32 kompaun kepada premis makanan sepanjang bulan Mei, menurut kenyataan media dari pihak berkuasa tempatan tersebut..
Kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Antara kesalahan adalah pengusaha premis gagal memasang perangkap lemak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pengendali makanan tidak memiliki sijil kesihatan yang sah dan pengusaha premis gagal menyelenggara perangkap lemak dengan baik.