Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi pegawai bank di Sabah kerana dipercayai terbabit bersekongkol dengan sindiket yang menawarkan penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Melaka.
Suspek lelaki berusia sekitar 40-an ini, dipercayai merupakan dalang bagi membantu urusan pembukaan akaun perbankan atas nama Felda yang palsu bagi membolehkan sindiket terbabit melakukan urusan transaksi jual beli dengan pembeli, menurut kenyataan media.
Perintah reman selama enam hari sehingga 19 Jun 2024 terhadap dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.