Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Pelajar perlu elak mainkan isu 3R’: Mustapha
Published on: Monday, June 17, 2024
Published on: Mon, Jun 17, 2024
Text Size:
Text:
‘Pelajar perlu elak mainkan isu 3R’: Mustapha
Mustapha juga menekankan dinamika pendidikan turut mempengaruhi keperluan sumber manusia sesuai dengan perkembangan industri semasa.
Kota Kinabalu: Penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dinasihatkan agar mengelak daripada memain-kan isu 3R (kaum, agama dan raja).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, sebagai rakyat Malaysia khususnya di negeri Sabah, adalah penting untuk menjaga keharmonian kaum dan agama yang dibina selama ini.

Advertisement
“Keadaan kini agak menggusarkan apabila isu-isu 3R semakin menjadi aliran utama dan kita di Sabah memang tidak mahu isu ini menjalar ke negeri ini.

“Sebagai anak-anak Sabah, menjadi peranan penting kepada kita untuk memberi gambaran tentang bagaimana budaya rakyat di negeri Sabah untuk menjaga keharmonian kaum.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, saya minta pelajar-pelajar Sabah yang berada di universiti seluruh negara untuk menjadi duta keharmonian kerana kita memang lahir dalam kepelbagaian kaum dan agama.

“Pesanan saya kepada siswa dan siswi, janganlah sesekali terlibat atau terjebak dengan isu 3R ini kerana ianya tidak baik untuk masa depan negara dan untuk mereka yang bakal menjadi pemimpin negara pada satu ketika nanti,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kampus dan Karnival Hari Terbuka City University Malaysia Pusat Wilayah Sabah di sini, pada Sabtu.

Advertisement
Dalam pada itu, Mustapha juga menekankan dinamika pendidikan turut mempengaruhi keperluan sumber manusia sesuai dengan perkembangan industri semasa.

“Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan City University Malaysia dan institusi pendidikan yang lain untuk mempelopori bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang amat diperlukan pada ketika ini.

Advertisement
“Pelaburan asing yang memacu kepada pertumbuhan ekonomi negara amat memerlukan tenaga mahir dalam bidang TVET bagi memastikan pelaburan mereka menuai hasil sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi,” tambah beliau.

Pada majlis berkenaan, Mustapha turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman antara City University Malaysia Pusat Wilayah Sabah dan Gagasan Nuri Sdn. Bhd. selain menyampaikan sumbangan biasiswa kepada 30 pelajar terpilih untuk melanjutkan pengajian di City University Malaysia Pusat Wilayah Sabah.

Dalam majlis yang sama, juga diadakan penyerahan zakat daripada City University Malaysia kepada pelajar asnaf berjumlah RM45,950 dan Bantuan Keperluan Hidup berjumlah RM500.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola City University Malaysia, Professor Datuk Dr. Husaini Omar, Wakil Pengarah Urusan City University Malaysia, Kapten Mohd. Syamsuri Shaari, Timbalan Naib Canselor Perkhidmatan Korporat dan Kelestarian City University Malaysia, Professor Madya Dr. Rosnizah Shaari dan Ketua Kampus, City University Malaysia Pusat Wilayah Kota Kinabalu, Mohamad Hafez Rashidi Mohd Yusop.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here