Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waspada cubaan pecah-belah pilihan raya akan datang
Published on: Tuesday, June 18, 2024
Published on: Tue, Jun 18, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Waspada cubaan pecah-belah pilihan raya akan datang
Jonathan berkata masih terdapat segelintir pihak terperangkap dalam konflik yang timbul semasa pilihan raya lalu, disebabkan perselisihan faham politik.
RANAU: Semua rakyat Sabah perlu bersatu dalam menghadapi pilihan raya akan datang kerana tentu akan ada kuasa luar yang akan cuba memecahbelahkan mereka.

“Tetapi jika kita kuat, bersatu untuk Sabah, maka suara kita akan kuat sehingga kita tidak boleh diganggu.

Advertisement
“Ini yang ingin kita suarakan. Saya sendiri telah melalui banyak proses dan melalui pelbagai parti tetapi akhirnya rakyat kita sendiri yang akan menentukan masa depan kita,” kata Ahli Parlimen Jonathan Yasin.

Justeru, beliau berharap semangat Kaamatan dapat benar-benar menyatukan rakyat Sabah untuk menjadi pelindung dan pejuang hak Sabah, di samping memastikan kesinambungan generasi akan datang di mana kuasa tidak akan hilang daripada rakyat Sabah sendiri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata masih terdapat segelintir pihak terperangkap dalam konflik yang timbul semasa pilihan raya lalu, disebabkan perselisihan faham politik.

“Jika kuasa itu hilang, tidak akan ada tempat untuk bersandar, kita akan menjadi orang yang hidup bersendirian, dan inilah yang kita takuti.

Advertisement
“Perkara ini bukan mudah kerana perbuatan dahulu oleh pihak yang memberikan Projek IC kepada orang luar, menyebabkan banyak kawasan DUN kita sudah dikuasai orang daripada Projek IC.

“Justeru, saya berharap agar kita bersatu hati sambil menempuh apa jua cabaran yang mendatang, agar kita dapat memastikan kesinambungan kerajaan Sabah di bawah rakyat sendiri dan bekerjasama dengan parti lain di Sabah,” katanya.

Advertisement
“Jika kita utamakan kebencian akibat kecewa dengan kekalahan parti pilihan kita, perkara baik di kampung akan ditenggelami dan tidak boleh dilaksanakan.

“Dalam setiap masyarakat kampung perlu ada kerjasama, toleransi dan perpaduan yang melangkaui kepentingan diri dan kepentingan peribadi kita.

“Sikap negatif hanya akan memecahbelahkan masyarakat kampung kita. Jika kita terus berpegang pada kebencian dan tidak mahu menyertai sebarang sambutan di peringkat kampung, maka apa yang kita semai akan dituai pada masa hadapan,” katanya.

Sebagai Ahli Parlimen, Jonathan berkata beliau sentiasa membantu tanpa mengira latar belakang politik seseorang.

“Bantuan diberikan tanpa diskriminasi dan saya akan pastikan legasi ini diteruskan oleh pemimpin yang bakal menjadi Ahli Parlimen Ranau pada masa akan datang.

“Pemimpin yang dipilih oleh rakyat harus membantu semua orang tidak kira parti, suku dan agama mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here