Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki pandu bahaya hingga sebabkan kematian dipenjara 7 tahun, denda
Published on: Wednesday, June 19, 2024
Published on: Wed, Jun 19, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki pandu bahaya hingga sebabkan kematian dipenjara 7 tahun, denda
Azlan pada 14 Mac 2022 meminta dibicarakan ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan itu yang membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan .
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM30,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan di Penampang, tiga tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Azlan Mohd Salem.

Advertisement
Azlan didapati bersalah memandu lori dengan cara berbahaya dan menyebabkan kematian penunggang motosikal Jimmy Masadim, 33, jam 1.35 petang, 1 Julai, 2021 di jalan lama Papar, berhampiran kilang Quality Broadway Sdn Bhd.

Azlan pada 14 Mac 2022 meminta dibicarakan ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan itu yang membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan .

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Azlan menjalani hukuman penjara dari tarikh sabitan.

Bagaimanapun, Azlan, yang diwakili peguam Mohamad Amirul Amin, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan mahkamah.

Advertisement
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 serta dua orang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak tampil untuk pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu, dua orang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Niksun Al Mandu dipenjara 11 bulan selepas dia mengaku di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana memiliki syabu, termaktub di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya.

Dia diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada April tahun ini.

Jemiah Manan didenda RM2,000 atau penjara lapan bulan kerana mengambil dadah.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Suzie SK.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here