Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah merampas 4,000 liter diesel disyaki diseleweng dan menangkap seorang lelaki tempatan disyaki penjaga stor dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor di Pasir Putih, Tawau, pada hari ini.
Minyak diesel itu ditemui di dalam 18 buah drum dan sebuah tangki trailer. Turut disita ini ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lain-lain, menurut kenyataan media.
Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM104,500.