Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasukan khas selesai isu tapak pelupusan sampah
Published on: Thursday, June 20, 2024
Published on: Thu, Jun 20, 2024
Text Size:
Text:
Pasukan khas selesai isu  tapak pelupusan sampah
DR JOACHIM (duduk, tengah) bersama Dr Jamili (keempat dari kiri) dan rombongan ke Majlis Daerah Kota Marudu.
Kota Kinabalu: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri akan mengetuai suatu pasukan petugas khas untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi tapak pelupusan sampah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Isu ini adalah antara perkara yang dibangkitkan semasa lawatan beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu.

Advertisement
Dalam lawatan ke PBT Kota Belud, Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II menerima taklimat tadbir urus daripada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Haji Ismail.

Hadir sama, Adun Tempasuk Datuk Mohd Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Haji Bakri Haji Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie serta Ahli Majlis Daerah dan Pegawai KKTP.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara isu yang dibincangkan ialah soal tapak pelupusan sampah.

Dalam lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr Joachim dan rombongan diberi taklimat mengenai tadbir urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Advertisement
Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah di Kota Marudu tidak dapat menampung jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis.

Selain itu, jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui semasa musim hujan, memerlukan penaiktarafan.

Advertisement
Lawatan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan Dr Joachim ke semua PBT di Sabah, yang bermula pada awal tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here