Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'
Published on: Sunday, June 23, 2024
Published on: Sun, Jun 23, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'
Fahmi menyampaikan sumbangan bantuan kepada Rocky Din. - fotoBERNAMA
BUTTERWORTH: Seniman era 60-an Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya ‘Marilah Mengundi’, bakal dirakam semula, untuk diberikan nafas baharu.

Rocky, 75, berkata beliau bersedia untuk merakam semula lagu yang popular di tanah air pada bila-bila masa, susulan jemputan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kerana lirik dan melodinya sentiasa diingati beliau, malah juga rakyat Malaysia sehingga kini.

Advertisement
“Pencipta lagu tersebut, Johari Salleh memberi saya masa dua minggu untuk berlatih dan sewaktu saya merakam lagu itu dahulu, saya cuma memerlukan 10 minit sahaja.

“Saya berbesar hati dengan undangan ini (merakam semula) dan setiap kali waktu mengundi, saya rasa seronok bila lagu ini menjadi fenomena semula,” katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) daripada Fahmi di sini, semalam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rocky Din yang sebelum ini pernah diserang strok empat tahun lepas berkata keadaan kesihatannya bertambah baik, meskipun terpaksa berkerusi roda untuk bergerak.

“Alhamdulillah, dengan kesihatan yang semakin baik saya masih boleh meneruskan aktiviti seni dan menyanyi menghiburkan orang ramai pada setiap Jumaat hingga Ahad, di sebuah restoran di sini,” katanya.

Advertisement
Lagu Marilah Mengundi nyanyian Rocky Din, mula diputarkan sejak 1978 setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dan masih popular sehingga kini.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan meminta RTM menjemput Rocky Din bagi rakaman semula lagu itu, bagi mengembalikan semangat keluar mengundi pada musim pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap, pada 6 Julai.

Advertisement
“Harapan saya generasi baharu, para pengundi dan anak-anak muda akan dapat mendengar olahan baharu lagu ini, agar ia terus menjadi halwa telinga dan pencetus kepada orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka,” katanya.

Terdahulu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan tabung kasih@Hawana kepada tiga petugas media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di Pulau Pinang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang Iskandar Othman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here