Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Bank Negara Malaysia tambah enam entiti baharu dalam senarai amaran pengguna kewangan
Published on: Monday, June 24, 2024
Published on: Mon, Jun 24, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bank Negara Malaysia tambah enam entiti baharu dalam senarai amaran pengguna kewangan
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menambah enam entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) iaitu Emar Markets, HF Markets and HF Markets (SV) Pty Ltd, AVAPartner and AVATrade, Just Markets, Etoro Investment dan I Investment 254.

Menerusi hantaran di media sosial pada Isnin, BNM menjelaskan pihaknya juga mengemas kini maklumat berkenaan dengan Najmuldin Exchanger, FBS Malaysia, dan MIDF Investment Scheme dalam senarai itu.

Advertisement
“Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut BNM.

Sila klik http://bnm.gov.my/fca. untuk mendapatkan maklumat lanjut, tambah bank pusat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut laman web rasmi BNM, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh bank pusat,

“Senarai ini dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian yang sewajarnya ke atas entiti dan skim yang dilaporkan.

Advertisement
“Pengguna boleh merujuk FCA sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesebuah entiti atau skim itu telah dikenal pasti tidak mendapat kebenaran daripada BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, jika selepas itu nama entiti atau skim tersebut tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA tersebut, hal itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim berkenaan telah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.

Advertisement
BNM menekankan bahawa sama seperti mana-mana pelaburan kewangan, pengguna dinasihati supaya melakukan usaha wajar apabila membuat pelaburan dengan mana-mana entiti atau skim kewangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here