Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe mensasarkan untuk melihat Sabah membangunkan industrinya dengan merancakkan sektor pembuatan negeri.
“Sumbangan sektor pembuatan kita kepada Keluaran Dalam Negara Kasar hanya tujuh peratus. Kita tidak boleh berkembang dengan hanya tujuh peratus, tidak mungkin Sabah boleh membangun.
“Berbanding Pulau Pinang 46 hingga 48 peratus dan Selangor 30 peratus. Malah jiran kita, Sarawak ada 24 hingga 27 peratus, manakala kita tidak mencapai atau melebihi 10 peratus,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Kem Usahawan dua hari di sini, Ahad.
Kem Usahawan itu dianjurkan oleh Sabah Entrepreneurs Transformation V Creator dengan sokongan Kementerian itu, Perbadanan Pinjaman Sabah dan Universiti Malaysia Sabah, antara lain.
Advertisement





