KENINGAU: Hospital Keningau kini mempunyai pakar perubatan rehabilitasi bagi membantu merawat pesakit tulang belakang di kawasan pedalaman.
Timbalan Pengarah Hospital Keningau Dr Ukim Antikoh berkata, sasaran rawatan ini adalah mereka yang terlantar kerana strok.
“Bagaimanapun kita tidak terhad kepada pesakit yang mempunyai masalah kronik seperti strok. Kita juga memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah berkaitan sakit tulang belakang,” katanya selepas merasmikan Program Rehab Back Bootcamp TOT: Kluster Keningau di dewan hospital di sini, Isnin.
Justeru itu, katanya, masyarakat di pedalaman disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada fasiliti kesihatan berdekatan seperti klinik kesihatan atau hospital.




X500px(H).jpg)

