Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bunuh: Hukuman mati tukang masak diganti kepada penjara, sebatan
Published on: Wednesday, June 26, 2024
Published on: Wed, Jun 26, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bunuh: Hukuman mati tukang masak diganti kepada penjara, sebatan
Mahkamah mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Jun dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mac, 2015.
Kota Kinabalu: Hukuman mati ke atas seorang tukang masak berusia 45 tahun kerana membunuh seorang lagi lelaki ditukar kepada penjara sepanjang hayat 35 tahun serta 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais membenarkan permohonan semakan oleh Jun Jalah di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah).

Advertisement
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Jun selepas mendapati dia bersalah membunuh Kong Chau Chin, 37, jam 5 petang pada 1 Mac, 2015 di Restoren Asia Cafe, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Jun juga kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Jun dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mac, 2015.

Terdahulu, peguam dilantik Zaleha Mohd Yusuf Pan yang mewakili Jun, antara lain berhujah bahawa, pemohon bekerja di restoran milik ibu mendiang yang memarahi Jun secara kasar sehingga membawa kepada kejadian itu.

Advertisement
Tambahnya, ia bukan kes yang paling jarang berlaku.

Pendakwaan dalam jawapannya berkata mahkamah perlu menimbangkan bagaimana kes itu berlaku di mana Jun dan mangsa bergaduh kerana salah faham.

Advertisement
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menyemak hukuman terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun kerana membunuh seorang ibu tunggal dan mengekalkan hukuman mati yang dikenakan ke atasnya.

Muhammad Sheqal Gonzalo gagal dalam menyemak hukuman mati.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Hasnah Astan antara jam 4 petang dan jam 8.30 malam pada 12 Julai, 2013 di sebuah rumah di Taman Indah Jaya, Batu 4, di sini.

Muhammad gagal dalam rayuannya terhadap hukuman mati apabila dia merayu di Mahkamah Rayuan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here