KUNAK: Ketua Kampung Kg Kunak Tiga Panglima Abdul Lahil Sarail menyuarakan kebimbangan “penempatan setinggan baharu” akan muncul di kawasan perairan pinggir laut kampung berkenaan sekiranya komuniti Pala’u atau Bajau Laut mendirikan koloni baharu di kawasan itu.
Katanya, terdapat ura-ura mengatakan sebilangan penduduk Kg Jeti, yang terlibat dalam operasi perobohan setinggan baru-baru ini, telah menggunakan jalan laut ke Kg Kunak Tiga untuk membina penempatan baharu.
“Perkara ini menjadi kebimbangan kepada saya dan penduduk Kg Kunak Tiga,” kata Abdul Lahil.
“Di Kunak Tiga ini sudah ada penempatan Bajau Laut atau Pala’u sejak dulu, dan situasinya masih terkawal.
Advertisement





