Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM474.55 juta untuk tingkat tahap pendidikan di Sabah
Published on: Wednesday, June 26, 2024
Published on: Wed, Jun 26, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
RM474.55 juta untuk tingkat tahap pendidikan di Sabah
Hajiji berkata, perkara itu jelas membuktikan betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini.
TAWAU: Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk me-ningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, peruntukan itu juga untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah, termasuk perpustakaan.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus diberikan perhatian kerana mereka adalah permata negara. 

“Kerajaan Negeri juga amat komited dan sudah merangka pelbagai program serta memperkasakan inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha ini dilakukan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuklah untuk memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata, perkara itu jelas membuktikan betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (Mapens) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming, di sini, pada Selasa.

Advertisement
Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Beliau berkata, pencapaian calon peperiksaan SPM 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun sebelumnya, dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada 2022, iaitu perbezaan 0.13 mata. 

Hajiji berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen, semua guru akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri ini.

Pada majlis itu, Nizam mewakili Hajiji menyampaikan Anugerah Utama Tokoh Kepimpinan kepada Datuk Dr Mistrine Radin dan Anugerah Tokoh Guru Negeri Sabah kepada Abdul Aziz Mohamed Zain.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here