Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada kompromi kakitangan tidak berintegriti: Kastam
Published on: Thursday, June 27, 2024
Published on: Thu, Jun 27, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Tiada kompromi kakitangan tidak berintegriti: Kastam
Diminta mengulas lanjut mengenai perkembangan kes-kes tersebut, Mohd Nasir menjelaskan bahawa rampasan yang dikongsikan sebelum ini melibatkan pemalsuan yang dibuat di dalam dokumen manifes sebelum barangan di dalam kapal dipunggah ke pelabuhan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangannya yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan berlaku ketirisan hasil negara.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pihak JKDM juga sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha mengatasi ketirisan hasil negara.

Advertisement
“Dalam kepimpinan JKDM kita memang mengutamakan integriti itu sendiri sesuai dengan slogan cekap, tangkas dan integriti, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai yang tidak berintegriti tidak kira di Sabah atau Semenanjung.

“Malah kita dengan pihak SPRM sentiasa membina hubungan yang baik, banyak program kita laksanakan dengan melibatkan SPRM.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terbaharu, kita melaksanakan satu sesi taklimat kepada pengimport dan ejen perkapalan serta ejen penghantaran berkaitan dengan tanggungjawab untuk mengatasi ketirisan hasil,” katanya di Wisma Penguatkuasaan Kastam di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai komitment JKDM untuk bekerjasama dengan pihak SPRM berhubung siasatan kes rampasan kontena yang membawa muatan barangan tidak bercukai ke Pelabuhan Sepanggar sejak kebelakangan ini.

Advertisement
Diminta mengulas lanjut mengenai perkembangan kes-kes tersebut, Mohd Nasir menjelaskan bahawa rampasan yang dikongsikan sebelum ini melibatkan pemalsuan yang dibuat di dalam dokumen manifes sebelum barangan di dalam kapal dipunggah ke pelabuhan.

“Di peringkat kapal yang baru tiba di Pelabuhan Sepanggar dalam tempoh 48 jam kapten atau wakil mesti mengemukakan senarai muatan dalam kapal tersebut.

Advertisement
Barangan itu tertakluk kepada permit dan ia mesti ada permit sebelum atau sebaik saja memasuki perairan atau sebelum barangan itu dipunggah turun ke pelabuhan di sini.

“Jadi dalam konteks ini kita ambil yang belum ada pengikraran dan pengikraran ini hanya melibatkan oleh ejen perkapalan, sebab itu sebelum ini kita beri fokus kepada ejen perkapalan.

“Kita tidak tahu pada masa itu belum ada pemilik, bila kita buat penyiasatan kita dapat kesan alamat yang digunakan dalam manifes berkenaan,” jelasnya.

Sebelum ini, JKDM Sabah melakukan beberapa siri rampasan melibatkan kontena yang membawa barangan tidak bercukai yang menggunakan modus operandi mengikrar barangan lain di dalam dokumen manifes.

Bagaimanapun, setakat ini hanya barangan tidak bercukai yang berjaya dirampas manakala pelakunya masih belum dapat dikesan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki baru-baru ini memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan sindiket penyeludupan membawa masuk barang seludup melalui kontena di pelabuhan negara ini, termasuk di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here