Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemerkasaan STEM kunci bangunkan generasi muda
Published on: Friday, June 28, 2024
Published on: Fri, Jun 28, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pemerkasaan STEM kunci bangunkan generasi muda
YUSOF bersama pelajar pada program berkenaan.
LAHAD DATU: Pemerkasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan generasi muda merupakan kunci utama dalam membangunkan bakat Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) yang adaptif, yang akan memacu negara menuju status negara teknologi tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, dengan menetapkan agenda Pemerkasaan STEM sebagai salah satu keutamaan kementerian untuk 2024, Mosti giat melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pendidikan bukan formal untuk melengkapi kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Advertisement
“Ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan keterlibatan masyarakat umum, terutamanya pelajar sekolah dan belia dalam bidang STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program Bengkel “The World: Magnified”, Plastic World and Electroplating Chemistry di SK St Dominic, di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yusof berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif Program STEM Camp Mosti 2024 yang dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Universiti Nottingham Malaysia (UNM), dan Royal Microscopical Society (Great Britain). 

Katanya, program yang bermula pada Isnin dan berakhir hari ini (Jumaat), menyaksikan penyertaan aktif 472 pelajar dari tujuh sekolah rendah di daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

Advertisement
“Program ini menyediakan pelbagai aktiviti STEM seperti bengkel sains, ujikaji ‘hands-on’, dan demonstrasi biologi.

“Pelajar turut diberi peluang untuk merasai pembelajaran informal yang lebih interaktif, praktikal, dan demonstratif di luar bilik darjah, yang dikendalikan oleh fasilitator dan pensyarah berpengalaman dari UNM,” katanya.

Advertisement
Menurut Yusof, komitmen dan penglibatan UNM dalam program ini adalah contoh keberkesanan pendekatan “Whole of Government” yang ditekankan oleh Mosti.

Katanya, program ini juga menandakan komitmen kementerian dalam memperkukuhkan pendidikan STEM di Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman dan luar bandar, bagi memastikan program-program pembudayaan Mosti adalah inklusif dan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat manfaat pembelajaran yang disediakan.

Sementara itu, Yusof berkata usaha dan momentum pemerkasaan bidang STEM akan diteruskan lagi dengan dua program perdana Mosti di Sabah pada Ogos dan September 2024, iaitu Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics.

Katanya, program MSN di Sabah akan dijalankan melalui pendekatan program jelajah jangkau luar di bawah inisiatif Kembara Sains Borneo.

“Program ini akan merentasi 10 lokasi utama, bermula dari Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Tambunan, Papar, sehingga berakhir di Kota Kinabalu.

“Pendekatan jelajah ini dirangka dengan teliti untuk memastikan capaian program dan golongan sasaran yang terlibat adalah lebih menyeluruh berbanding pelaksanaan karnival di satu lokasi.

“Dengan pelaksanaan program-program ini, diharapkan usaha pembudayaan yang dilakukan oleh Mosti akan memberikan impak positif kepada perkembangan pendidikan STEM dan pembangunan bakat STI di pelbagai peringkat, sebagai langkah penting dalam mencapai agenda Ekonomi Madani,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here