Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC cari bekalan gol
Published on: Friday, June 28, 2024
Published on: Fri, Jun 28, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC cari bekalan gol
ONG memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan mereka pada Rabu.
Kota Kinabalu: Sabah FC turun untuk memburu hasil positif dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Gong Badak, Terengganu malam ini (Jumaat).

Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata adalah penting untuk mereka mempamerkan aksi yang baik dan pada masa sama cuba memperoleh keputusan yang bagus dalam perlawanan di tempat lawan sebelum kedua-dua pasukan bertemu semula pada aksi timbal balik 6 Julai depan.

Advertisement
“Kami fokus sepenuhnya pada perlawanan esok. Terengganu FC adalah pasukan yang bagus dan telah mencapai rekod yang cukup baik baru-baru ini terutamanya di tempat sendiri.

“Mereka adalah pasukan yang lebih baik musim ini dengan mengambil beberapa pemain baharu terutama pemain tempatan seperti Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka sangat berpengalaman, kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka dan tidak boleh mengambil mudah.

“Walaupun keputusan perlawanan esok tidak akan menentukan pasukan mana yang akan mara ke peringkat seterusnya, adalah sangat penting untuk kami mempamerkan aksi terbaik di atas padang.

Advertisement
“Untuk pulang bersama keputusan yang baik pastinya akan menaikkan semangat pasukan menjelang perlawanan kedua yang akan dimainkan di Stadium Likas,” katanya pada Khamis.

Menurutnya, semua persiapan telah dilakukan dengan sewajarnya, tetapi dia masih belum memutuskan siapa yang akan memulakan permainan.

Advertisement
“Kami telah membuat persediaan sebaik mungkin untuk perlawanan itu. Bagaimanapun, kami masih belum memutuskan pemain mana yang akan bermula menentang Terengganu FC esok.

“Beberapa pemain utama dalam pasukan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres masih mengalami kecederaan, jadi kami perlu menunggu sehingga esok untuk memeriksa tahap kecergasan mereka sebelum membuat keputusan muktamad mengenai kesebelasan utama.”

Sabah FC mempunyai rekod baik menentang pasukan tuan rumah di venue yang sama musim lalu dengan menewaskan mereka 4-0.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here