SANDAKAN: Seorang lelaki dan wanita yang masing-masing masih mendapatkan rawatan di wad Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan bernikah dan selamat diijabkabul di Wad Ortopedik Lelaki HDOK Sandakan pada Jumaat.
Kenangan indah itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Duchess Kent Sandakan dan mendapat respon yang ramai kalangan pengikut laman itu yang kesemua mereka turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.
Berdasarkan siaran di laman itu, majlis akad nikah pasangan pengantin baru yang dikenali sebagai Alif Ikram dan Siti Nadhirah itu dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai itu serta kakitangan HDOK.
Difahamkan pasangan itu memilih untuk bernikah di wad tersebut kerana majlis kenduri perkahwinan mereka dijadualkan esok (Sabtu) di Beluran dimana persiapan majlis itu juga telah disediakan.