Kota Kinabalu: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah akan terus giat melaksanakan kempen bagi meningkatkan kesedaran pengetahuan hak-hak kepenggunaan di negeri ini.
Pengerusinya, David Chan berkata, usaha itu penting susulan peningkatan kes penipuan khususnya jenayah siber selain isu harga dan kualiti barangan.
“Sehubungan itu, kita akan melaksanakan beberapa inisiatif merangkumi kempen pendidikan, sumber maklumat dan bantuan atau nasihat langsung kepada mereka yang menjadi sasaran penipuan.
Advertisement





