Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki Filipina miliki barang kawalan tanpa permit dipenjara
Published on: Saturday, June 29, 2024
Published on: Sat, Jun 29, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki Filipina miliki barang kawalan tanpa permit dipenjara
Kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras itu membawa hukuman denda sehingga RM15,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warganegara Filipina berusia 46 tahun dipenjara selama 16 bulan kerana memiliki beberapa jenis barangan kawalan tanpa permit yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Utuh Ladja Lablus yang mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Advertisement
Atas pertuduhan pertama, Utuh dipenjara 10 bulan kerana memiliki 19 unit gas silinder, 20 kotak minyak masak, tujuh kotak tepung, tujuh bungkus gula tanpa lesen.

Dia melakukan kesalahan itu jam 10 malam pada 13 Jun tahun ini di dalam bot pam di perairan Pulau Guhuan, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Untuk pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam bulan kerana secara haram memiliki 13 guni beras yang cuba diseludup ke Filipina, di tempat dan masa yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras itu membawa hukuman denda sehingga RM15,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Semasa mitigasi, Utuh merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga keluarganya di Filipina.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah menggesa mahkamah untuk mengenakan hukuman pencegahan.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia telah menghentikan bot tersebut apabila ia nampak mencurigakan.

Selepas pemeriksaan di dalam bot, pasukan menemui barangan kawalan dan Utuh tidak mempunyai permit untuk memiliki barangan tersebut.

Selepas menjalani hukuman penjara, Utuh diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here