Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lebih 600 sambungan air haram dipotong sejak Jan
Published on: Sunday, June 30, 2024
Published on: Sun, Jun 30, 2024
By: Aishah Abdullah
Text Size:
Text:
Lebih 600 sambungan air haram dipotong sejak Jan
Menurut Shahelmey, pada Jun kerajaan negeri turut meletakkan tangki statik di kawasan setinggan terpilih untuk memberi bekalan air kepada mereka, seterusnya meminimakan kejadian sambungan paip haram ke paip utama Jabatan Air.
PUTATAN: Lebih 600 sambungan haram bekalan air dipotong, khususnya di kawasan penempatan setinggan di Sepanggar, sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.

“Bermula Januari tahun ini, setiap bulan kami melakukan pemantauan dan pemotongan sambungan haram bekalan air, khususnya di kawasan Sepanggar.

Advertisement
“Operasi pemotongan dilakukan setiap bulan,” jelasnya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang SPM 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Parlimen Putatan di sini, Jumaat.

Menurutnya, pada Jun kerajaan negeri turut meletakkan tangki statik di kawasan setinggan terpilih untuk memberi bekalan air kepada mereka, seterusnya meminimakan kejadian sambungan paip haram ke paip utama Jabatan Air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita berharap usaha ini akan dapat mencapai objektifnya dalam masa terdekat sementara kita memuktamadkan sistem vendor dan prabayar yang boleh memberi mereka akses kepada air.

“Sistem ini seterusnya mengurangkan kecurian air yang bukan saja mengganggu tekanan air menuju ke tangki-tangki utama, tetapi juga merugikan kerajaan dengan tidak ada pungutan hasil daripada sambungan haram tersebut,” katanya.

Advertisement
Mengenai pelaksanaan sistem vendor dan prabayar tersebut, Shahelmey berkata sistem itu ada yang telah dilaksanakan di kawasan penempatan pelarian, namun di kawasan setinggan tempatan yang banyak di kawasan Sepanggar, sistem itu sedang dimuktamadkan.

“Di tempat setinggan tempatan ini, kita sedang muktamadkan beberapa prosedur kerana apabila kita memberi meter prabayar tersebut, ini bukan bermakna pengiktirafan kepada mereka menduduki tanah tanpa geran. 

Advertisement
“Ini antara beberapa faktor yang kita sedang berunding untuk memuktamadkannya,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan setakat Jun, operasi pemotongan sambungan haram telah dapat menstabilkan bekalan air ke tangki di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Namun, katanya, ia perlu terus dipantau untuk memastikan tiada sambungan haram dibuat semula.

“Jadi inilah antara cabaran yang kita hadapi dan kita mencari mekanisme untuk meminimakan keadaan ini,” katanya.

Berkenaan kekerapan saluran paip utama pecah, khususnya di Papar, Shahelmey menjelaskan program ganti paip pecah sedang giat dilaksanakan.

“Kita mempunyai jumlah panjang saluran paip lebih 1,500 kilometer, termasuk paip lama dan paip baharu. Jadi ada beberapa tempat seperti Papar, Sandakan dan bandar lain yang mana paip-paipnya sudah lebih 50 - 30 tahun, mempunyai risiko pecah. Namun kejadian ini dipantau oleh jurutera air daerah masing-masing,” jelas beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here