Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Usikan pepasangan SESB: Imbuhan untuk pemberi maklumat 
Published on: Sunday, June 30, 2024
Published on: Sun, Jun 30, 2024
Text Size:
Text:
Usikan pepasangan SESB: Imbuhan untuk pemberi maklumat 
Menurut Mohd Yaakob, SESB membuat pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti pemilik akaun, khususnya premis perniagaan, yang memasang sebarang alatan mengusik meter elektrik bagi mengelak penggunaan sebenar direkodkan oleh SESB. 
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memandang serius ke atas pengusikan pepasangan miliknya yang semakin berleluasa.  

Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, kejadian melibatkan Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM) dan kecurian kabel elektrik milik SESB adalah satu kesalahan yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat, khususnya pengguna SESB.  

Advertisement
“SESB tidak akan berkompromi dengan kes melibatkan penggunaan elektrik secara curang ataupun kelakuan usikan ke atas kabel elektrik milik SESB, dan akan menuntut ganti rugi melalui perintah mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Menurut beliau, dalam kes sebegini, SESB akan mengeluarkan surat tuntutan kerugian dan membawa kes tersebut ke mahkamah. Sekiranya pengguna enggan bekerjasama, tindakan lebih tegas akan dilaksanakan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Yaakob menjelaskan beberapa kes telah difailkan di Mahkamah bagi tujuan tuntutan ganti rugi dan SESB sedang menyusul kes-kes tersebut yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, SESB membuat pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti pemilik akaun, khususnya premis perniagaan, yang memasang sebarang alatan mengusik meter elektrik bagi mengelak penggunaan sebenar direkodkan oleh SESB. 

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata, SESB meluluskan dasar pemberian imbuhan kepada pemberi maklumat melibatkan maklumat berkaitan KUPM dan Sambungan Elektrik Tidak Sah (SETS). “Jumlah imbuhan sebanyak 1 peratus daripada jumlah kerugian hasil SESB,” katanya.

Pemberi maklumat boleh menghubungi Pengurus Zon/Kawasan SESB atau 088-282782, 088-282779 serta 088-282778 untuk melaporkan kejadian KUPM dan SETS.

Advertisement
“Selain itu, SESB turut menguatkuasakan penggunaan Kad Kuasa kepada pekerja SESB bagi memastikan hanya pekerja SESB yang sah boleh mencapai pepasangan meter SESB di premis pengguna,” tambahnya.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here