Tuaran: Laluan utama menghubungkan Kiulu dan Tamparuli di Bayaon, Kiulu, di sini, yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dibuka satu arah pada jam 5.45 petang tadi.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja Raya menerusi konsesi masih meneruskan kerja pembersihan sisa berkenaan sambil memantau pengguna kenderaan.
Kira-kira jam 6 petang tadi, puluhan kenderaan yang terkandas sejak semalam mula bergerak perlahan secara selang-seli.