Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
DOSM kibar tiga bendera di puncak Gunung Kinabalu
Published on: Tuesday, July 02, 2024
Published on: Tue, Jul 02, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
DOSM kibar tiga bendera di puncak Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu atau dikenali Aki Nabalu oleh penduduk tempatan mempunyai ketinggian 4,095 meter dari aras laut, dan terletak di Ranau sebuah daerah di pedalaman Sabah dengan jarak 106 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.
Kundasang: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjaya mengibarkan bendera Hari Statistik Negara 2024, Sambutan Jubli Intan 75 tahun DOSM dan Banci Pertanian 2024, di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

DOSM dalam kenyataan memaklumkan pendakian diadakan sempena Jerayawara Hari Statistik Negara diketuai Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin disertai 19 pegawai jabatan itu, dan tiba di puncak pada Ahad (30 Jun).

Advertisement
“Pendakian kami bermula pada 29 Jun kira-kira 9.00 pagi dan sampai ke tempat penginapan untuk berehat di Laban Rata pukul 3.30 petang. Sambung pendakian pada 30 Jun pukul 2.30 pagi dan tiba di puncak 5.45 pagi. Infografik statistik sosioekonomi dan akaun satelit pelancongan Sabah turut dipamerkan di puncak itu.

“Ia juga merupakan inisiatif untuk menggalakkan lebih banyak kegiatan luar yang sihat serta memupuk daya tahan dan semangat kekentalan, untuk menghadapi pelbagai cabaran pendakian khususnya dalam kalangan peserta yang berumur antara 24 hingga 50 tahun,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kenyataan itu memaklumkan jerayawara yang diadakan itu merupakan acara pembukaan sempena sambutan Hari Statistik Negara 2024 yang disambut pada 20 Okt setiap tahun dan Ulang Tahun Jubli Intan 75 tahun Jabatan Perangkaan Malaysia.

Program itu juga diadakan sebagai aktiviti promosi pelaksanaan Banci Pertanian 2024 yang akan bermula pada 7 Julai tahun ini.

Advertisement
Gunung Kinabalu atau dikenali Aki Nabalu oleh penduduk tempatan mempunyai ketinggian 4,095 meter dari aras laut, dan terletak di Ranau sebuah daerah di pedalaman Sabah dengan jarak 106 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here