Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
11 dipindah di Sipitang
Published on: Tuesday, July 02, 2024
Published on: Tue, Jul 02, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
11 dipindah di Sipitang
ANTARA mangsa banjir yang dipindah.
SIPITANG: Dua keluarga membabitkan 11 mangsa banjir di Kampung Marintaman dipindahkan pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafery mangsa termasuk empat lelaki dewasa, empat wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Advertisement
Bomba menerima panggilan pada jam 6.12 petang dan menghantar enam anggota bersama jentera, termasuk bot penyelamat.

Mangsa dipindahkan ke rumah saudara terdekat berdekatan dengan kampung tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pihak bomba perlu berhati-hati semasa operasi menyelamat, antaranya risiko arus deras, renjatan eletrik dan haiwan berbisa, terutama ular dan kala jengking,” katanya.

Seorang penduduk, Adnan HS berkata Kg Tanjung Nipis juga dilanda banjir dengan beberapa penduduk terperangkap, namun tiada pemindahan dilakukan.

Advertisement
“Mungkin ini kerana kebanyakan rumah penduduk bertiang dan berada di aras tinggi, oleh itu mereka terhindar daripada dilanda banjir,” katanya.

Seorang lagi penduduk memberitahu bahawa banjir melanda Kampung Menengah, dengan beberapa rumah di kawasan rendah dinaiki banjir.

Advertisement
Menurutnya, ini adalah kali kedua mereka mengalami banjir.

Kebanyakan kawasan dilanda banjir dipercayai kerana semua perparitan tersumbat, yang memerlukan perhatian pihak Majlis Daerah.

Bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin, Sani Miasin berkata siren di Sungai Mesapol berbunyi menandakan air banjir sedang naik.

“Ramai penduduk di kawasan rendah bersiap siaga menghadapi banjir  kerana air banjir dijangka naik bila-bila masa kerana Sungai Mesapol telah penuh dan melepasi paras bahaya,” katanya.

“Paras air di Sungai Ulau juga naik mendadak, justeru itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai wajar bersiap siaga,” katanya, menambah hampir seluruh kawasan pekan dilanda banjir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here