Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penyanyi Aliff Aziz, pelakon Ruhainies didakwa atas tuduhan khalwat
Published on: Wednesday, July 03, 2024
Published on: Wed, Jul 03, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penyanyi Aliff Aziz, pelakon Ruhainies didakwa atas tuduhan khalwat
Pada 13 Jun, Mohamad Aliff dan isterinya pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.
Kuala Lumpur: Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini atas pertuduhan berkhalwat di sebuah unit kondominium, empat bulan lepas.

Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Advertisement
Ditanya Hakim Syarie Abu Suffian sama ada Mohamad Aliff faham pertuduhan, penyanyi itu menjawab, “Faham dan mengaku tidak bersalah.”

Nur Ruhainies turut menjawab: “Faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Aliff didakwa telah berada bersama Nur Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Mohamad Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang pada 12.35 pagi, 9 Mac.

Nur Ruhainies pula didakwa telah berada bersama Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Nur Ruhainies) melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.

Advertisement
Bagi pertuduhan itu, Mohamad Aliff didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, manakala Nur Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), manakala Mohamad Aliff dan Nur Ruhainies diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani.

Advertisement
Hakim Syarie Abu Suffian kemudian menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes, dengan bon jaminan masing-masing RM1,500 dilanjutkan sehingga kes selesai.

Sebelum ini media melaporkan Mohamad Aliff dan Nur Ruhainies ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium di Bukit Bintang pada 9 Mac.

Pada 13 Jun, Mohamad Aliff dan isterinya pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here