Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah gabung semua penaja utama pendidikan
Published on: Wednesday, July 03, 2024
Published on: Wed, Jul 03, 2024
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Sabah gabung semua penaja utama pendidikan
HAJIJI melancarkan PTPS di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah melakar sejarah apabila melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS), Selasa, yang menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini di bawah satu platform.

Melancarkan portal itu di Menara Kinabalu, di sini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata PTPS adalah inisiatif baharu di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah, terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi, melalui gabungan kerjasama badan-badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan di negeri ini.  

Advertisement
Katanya, porta itu menawarkan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN), Kumpulan Yayasan Sabah (YS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) serta agensi pemberi bantuan dalam pendidikan iaitu Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. 

“Portal bersepadu ini dibangunkan sebagai pendekatan holistik untuk menyelaraskan semua badan-badan penaja di Sabah dan agensi pemberi bantuan pendidikan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Portal ini akan menjadi platfom rasmi kepada pelajar untuk memohon tajaan pendidikan di negeri ini. 

“Sebelum ini, semua penaja mengendalikan proses tajaan secara berasingan melalui laman web masing-masing. Namun, melalui portal ini permohonan akan digabungkan dan diintegrasikan dalam satu platform,” katanya. 

Advertisement
Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap anak-anak Sabah yang tidak mempunyai tajaan dengan mengambil inisiatif mengadakan program roadshow diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.  

Menurutnya,  program itu bertujuan menyantuni dan mengenal pasti pelajar-pelajar Sabah yang tidak mempunyai tajaan dan mendengar suara mereka mengenai isu dan hal ehwal di universiti.  

HAJIJI dan jemputan lain bergambar bersama pelajar yang menghadiri majlis pelancaran PTPS.

Advertisement
“Program ini, yang berlangsung dari April hingga Jun lalu, mengenal pasti seramai 2,130 pelajar Sabah untuk diberikan tajaan dan membabitkan pelajar di 26 universiti awam induk dan cawangan, melibatkan 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan Sarawak,” katanya.

Hajiji berharap lebih banyak syarikat korporat terus membantu bagi  memperkasakan dana sumbangan pendidikan negeri Sabah.  

Beliau juga mahu semua Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sama-sama memainkan peranan menghebahkan maklumat tentang hala tuju pembangunan modal insan melalui PTPS. 

“Ini bertujuan bagi memastikan pelajar-pelajar luar bandar tidak tercicir dalam pembangunan modal insan selaras dengan inisiatif SMJ. 

“Kerajaan Sabah akan terus menyokong dan komited dalam memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan di negeri ini,” tegasnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here