Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mahkamah tetapkan permohonan daim didengar 9 Ogos
Published on: Thursday, July 04, 2024
Published on: Thu, Jul 04, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mahkamah tetapkan permohonan daim didengar 9 Ogos
Daim memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi).
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 9 Ogos untuk mendengar permohonan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain di sini.

Hakim Azrul Darus menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan berhubung permohonan pemindahan kes yang difailkan Daim pada 7 Mei lepas.

Advertisement
“Sehubungan itu, saya memohon supaya tarikh pendengaran permohonan itu pada 9 Ogos ini,“ kata Mohamad Fadhly semasa sebutan kes.

Mohamad Fadhly berkata afidavit balasan responden (pendakwaan) difailkan pada 23 Mei lepas manakala afidavit jawapan pemohon (Daim) pada 30 Mei.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, peguam M. Puravelan yang mewakili Daim memohon supaya kehadiran anak guamnya dikecualikan pada 9 Ogos itu.

Bagaimanapun TPR Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan peguam itu dan memohon supaya Daim hadir untuk prosiding pendengaran nanti.

Advertisement
Azrul kemudian memerintahkan supaya kehadiran Daim pada 9 Ogos tidak dikecualikan.

Daim memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi).

Advertisement
Pada 29 Jan lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Na’imah, 66, pula didakwa pada 23 Jan lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here