Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
Published on: Thursday, July 04, 2024
Published on: Thu, Jul 04, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memandang serius perkara ini dan akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan sedemikian.
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata penipuan ini, yang kebanyakannya melibatkan tawaran penempatan persendirian, biasanya ditetapkan selari dengan masa penyenaraian IPO akan datang yang diterbitkan di laman web Bursa Malaysia.

Advertisement
“Pelaku penipuan ini yang menyamar sebagai ‘ejen,‘ kebiasaannya akan membuat group di WhatsApp untuk mempromosikan pelaburan pra-IPO ini. Berikutan itu, bakal mangsa akan dimasukkan ke dalam group berkenaan tanpa kebenaran.

“Skim ini mungkin disertakan dengan testimoni palsu daripada pelabur lain agar mereka kelihatan boleh dipercayai. Pembayaran untuk ‘langganan’ perlu dibuat ke akaun bank entiti yang tidak berkaitan dengan IPO dan disyaki sebagai akaun bank keldai,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut kenyataan itu, pada hari penyenaraian IPO, ‘ejen’ ini akan mengumumkan saham IPO telah disenaraikan dan telah mendapat keuntungan, dan memaklumkan bayaran tambahan diperlukan untuk saham mereka diperuntukkan.

“Ini sudah tentunya satu penipuan untuk menjerat mangsa agar memberi lebih banyak wang,” kata SC.

Advertisement
Sehingga kini, SC telah menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada pelabur yang melaporkan kerugian yang besar iaitu melebihi RM800,000.

SC memandang serius perkara ini dan akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan sedemikian.

Advertisement
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dalam menilai tawaran pelaburan termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan, dan mengesahkan tawaran pelaburan melalui SC Investment Checker di www.sc.com.my/investment-checker.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here