Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Permohonan PPRT ditolak tetapi tidak rumah Sabah Maju Jaya
Published on: Thursday, July 04, 2024
Published on: Thu, Jul 04, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Permohonan PPRT ditolak tetapi tidak rumah Sabah Maju Jaya
RUSLAN (dua dari kiri) bersama Nazri (tiga dari kiri) semasa melawat salah satu Rumah SMJ yang dalam pembinaan
BEAUFORT: Penantian sekian lama seorang penduduk Kampung Lago, di sini untuk memiliki rumah lebih sempurna tercapai apabila rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) miliknya kini dalam pembinaan.

Bagi Masniah Tijah, 46, bantuan kerajaan negeri itu adalah satu rahmat buat mereka sekeluarga yang ketika ini tinggal di rumah pusaka yang sudah uzur dan tidak selamat.

Advertisement
Masakan tidak, pendapatan suaminya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak mampu membaiki rumah lama berusia 50 tahun itu apatah lagi membina rumah baharu.

“Gaji suami sekadar ‘cukup makan’ untuk menyara saya dan dua anak yang masih bersekolah manakala saya hanya seorang surirumah yang sudah tentu tidak mampu memiliki rumah baharu.

Masniah

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Malah, sebelum ini saya sudah banyak kali memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak empat tahun lalu namun tidak kesampaian, berbeza dengan bantuan Rumah SMJ yang cepat disalurkan kepada saya.

“Sudah tentu saya gembira dan merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta penghargaan kepada wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam atas usaha beliau hingga saya mendapat bantuan ini,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan Ruslan bersama Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun ke 20 Projek Rumah SMJ di beberapa kampung dalam Dun Lumadan.

Sementara itu, Ruslan berkata, 20 Rumah SMJ itu merupakan bantuan untuk 2023 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 minggu atau pertengahan Ogos ini.

Advertisement
Pada masa sama katanya, program bantuan sama untuk 2024 kini dalam proses tender dan dijangka pembinaannya bermula September depan dan siap pada pertengahan November depan.

“Kerajaan negeri memperuntukkan 20 Rumah SMJ setiap tahun bagi setiap Dun di Sabah dan bagi Dun Lumadan, kita sudah siapkan sepenuhnya 20 rumah SMJ untuk kuota 2022.

“Bagi kuota sama untuk 2023, kini dalam pembinaan dan siap sepenuhnya Ogos ini, manakala projek Rumah SMJ untuk 2024 akan bermula pembinaannya September ini.

“Ini adalah usaha kerajaan SMJ di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam usaha kita untuk membantu serta mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here