Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tangani isu dengan tegas, pantas
Published on: Friday, July 05, 2024
Published on: Fri, Jul 05, 2024
Text Size:
Text:
Tangani isu dengan tegas, pantas
HAJIJI mempengerusikan mesyuarat JKKN.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan ketua jabatan berkaitan mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu semasa di negeri ini seperti masyarakat Pala’u dan banjir.

Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) menegaskan beliau tidak mahu isu-isu ini menjadi lebih besar dan menjejaskan nama baik negeri dan negara.

Advertisement
Beliau mempengerusikan mesyuarat JKKN di Menara Kinabalu, Khamis, yang membincangkan pelbagai isu semasa di negeri ini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Keselamatan Negeri merangkap Setiausaha JKKN Sabah Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan serta ketua pelbagai jabatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, ketua-ketua jabatan Persekutuan di negeri ini diingatkan agar mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bagi memastikan dana awam digunakan dengan cekap dan berhemah.

Makhzan berkata pekeliling yang dikemaskini pada 14 Julai 2022 itu menggariskan beberapa langkah utama antaranya, setiap jabatan dan agensi perlu merancang perbelanjaan dengan teliti serta memberi manfaat yang jelas.

Advertisement
“Selain itu, setiap jabatan juga perlu mengambil langkah-langkah penjimatan dalam penggunaan sumber serta beralih menggunakan teknologi yang lebih efisien terutama elektrik, air, alat tulis dan lain-lain bagi mengurangkan kos operasi.

“Mereka perlu mengurus aset-aset kerajaan dan menyelenggara dengan baik agar boleh terus digunakan secara optimum,” katanya semasa Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bil. 2/2024, pada Rabu.

Advertisement
Penjawat awam persekutuan yang melaksanakan kerja-kerja perolehan mengutamakan integriti, ketelusan dan keadilan agar ketirisan dana kerajaan dapat diatasi.

“Berbelanja secara berhemah bukan bermaksud mengurangkan perbelanjaan, tetapi lebih kepada memastikan setiap dana yang dibelanjakan membawa nilai yang maksimum dan memberi impak yang positif kepada rakyat.

“Sebagai usaha mengurangkan kos perbelanjaan penganjuran program jabatan-jabatan kerajaan, pihak saya telah memohon peruntukan melalui Pejabat Belanjawan Negara bagi menaik taraf ruang gunasama Aras 2 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah berjumlah RM4.1 juta.

“Proses naik taraf secara berfasa ini bermula Mac lalu melibatkan naik taraf dewan berkapasiti 300 orang, dua bilik mesyuarat setiap satu berkapasiti 70 orang dan dewan makan yang boleh menampung 160 orang dalam satu-satu masa. 

“Naik taraf fasa pertama ini kini sedang berjalan dan dijangka ruang guna sama ini boleh digunakan bermula 16 Julai.

“Manakala, fasa kedua melibatkan dua bilik seminar berkapasiti 101 orang setiap satu, dua bilik mesyuarat kecil dan empat bilik perbincangan dijangka siap Ogos nanti.

Semua kemudahan yang dinaik taraf ini boleh digunakan secara tempahan dengan tiada caj perkhidmatan bermakna ia boleh digunakan tanpa bayaran.

“Kemudahan ini apabila siap dinaik taraf nanti diharap dapat membantu jabatan atau agensi kerajaan persekutuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan terutama penganjuran majlis dan program,” jelasnya. 

Seramai 109 ketua jabatan dan 50 ketua badan berkanun persekutuan di Sabah hadir pada acara itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here