SANDAKAN: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang dalam usaha mencari dan menambah bekalan air bawah tanah (Borehole) di daerah ini dalam memastikan sumber air berterusan dapat disalurkan kepada pengguna di daerah ini.
Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Suhaimi Asbullah, berkata, ketika ini, Sandakan mempunyai 14 Borehole sedia ada.
Bagaimanapun, ia tidak mencukupi ketika ini dengan perkembangan pembangunan di daerah ini.