Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ramon tinggalkan Badak
Published on: Saturday, July 06, 2024
Published on: Sat, Jul 06, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Ramon tinggalkan Badak
RAMON sertai Sabah FC pada 2023 dan menjaringkan 12 gol dalam 17 perlawanan.
Kota Kinabalu: Penyerang Sabah FC, Ramon Machado bersedia untuk meninggalkan Badak berdasarkan kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Sabah FC, petang Jumaat.

Pengurus Besar Sabah FC Mohd Joh Wid yang mengeluarkan kenyataan itu berkata dengan berat hati penyerang Ramon Machado akan menamatkan kariernya bersama Sabah FC.

Advertisement
“Bagi pihak kelab dan seluruh warga Sabah FC, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ramon atas sumbangannya kepada pasukan kesayangan kita ini. 

“Sejak penampilan pertamanya, Ramon telah berjaya menawan hati penyokong Badak dengan jaringan dan hantaran-hantaran cantik. Sudah pasti kita akan merindui pergerakan pantas dan tangkas anak kelahiran Brazil ini di atas padang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun, kita perlu meneruskan perjuangan. Bola sepak adalah sukan berpasukan. Saya yakin sepenuhnya kepada semua pemain yang berada di sini untuk terus menggalas tugas itu,” katanya.

Tiada kata-kata mengenai bila Ramon akan pergi tetapi berkemungkinan perlawanan Piala FA dengan Terengganu FC malam ini (Sabtu) boleh menjadi penampilan terakhirnya.

Advertisement
Pemain berusia 33 tahun dari Brazil yang menyertai pasukan itu pada 2023 telah menyumbang 12 gol dalam 17 perlawanan pada musim pertamanya dan sejak permulaan musim ini dia telah menjaringkan satu gol liga dan hatrik dalam kemenangan Piala FA menentang KL Rovers FC.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here