Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan mula beroperasi
Published on: Saturday, July 06, 2024
Published on: Sat, Jul 06, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan mula beroperasi
BBP Nabawan dibina dengan kos hampir RM5 juta.
NABAWAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Nabawan yang sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh penduduk di daerah ini, beroperasi secara rasminya pada 1 Julai lepas.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, dengan adanya balai bomba ini, ia mempercepatkan lagi operasi penyelamatan berbanding sebelum ini.

Advertisement
Sebelum ini, katanya, Nabawan bergantung kepada kekuatan Balai Bomba Sook dan Keningau.

Yuszaimi memberitahu, seramai 28 anggota termasuk Ketua Balai ditempatkan di Balai Bomba tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan beroperasinya Balai Bomba dan Penyelamat ini, ia mempercepatkan ‘first responder’ kebakaran ataupun penyelamatan seperti kemalangan jalan raya,” katanya.

Jelasnya, bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan dibina di tapak berkeluasan 1.4 hektar dengan peruntukan hampir RM5 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Advertisement
Beliau memberitahu, balai tersebut diketuai oleh PBT II Rudy Mekii.

“Orang ramai, khususnya penduduk di daerah ini, yang memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi talian 087-369701 / 087-369703 atau melalui e-mel bbp_nabawan@bomba.gov.my,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here