Kota Kinabalu: Bekas Pengerusi Petronas dan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata bekas Ketua Menteri Tun Mustapha Datu Harun mengancam untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia jika negeri hanya menerima 5 peratus hasil daripada cari gali sumber petroleum di negeri itu.
Razaleigh berkata Tun Mustapha berkeras menolak perjanjian tersebut kerana beliau merasakan bahawa royalti 5 peratus di bawah perjanjian Petronas adalah tidak memadai dan menuntut ia dinaikkan kepada 10 hingga 20 peratus.
Sebelum Petronas wujud, negeri-negeri pengeluar minyak menerima royalti 12 peratus daripada syarikat minyak asing.
“Jika tidak, beliau (Mustapha) mengugut untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia.
Advertisement





