Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Parti pembangkang digesa henti amal politik kebencian
Published on: Tuesday, July 09, 2024
Published on: Tue, Jul 09, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Parti pembangkang digesa henti amal politik kebencian
Jelas Mohd Ar Razee, memiliki kuasa adalah sesuatu yang penting, termasuk dalam bidang politik kerana tanpa kuasa, bagaimana pemimpin hendak membantu rakyat.
LAHAD DATU: Parti pembangkang perlu henti amalkan politik kebencian dan sebaliknya mengutamakan perjuangan parti masing-masing.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tungku, Mohd Ar Razee Abdulham berkata, amalan politik kebencian ini hanya mengundang rasa meluat rakyat terhadap arena politik.

Advertisement
Katanya, rakyat kini matang dan bijak menilai serta memilih, mereka tidak perlu dimomokkan dengan agenda-agenda yang menjatuhkan parti lain.

“Setiap pemimpin mempunyai perjuangan sendiri, tidak perlu menuding jari bahawa pemimpin kami gila kuasa dan lompat parti untuk mendapatkan kuasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setiap tindakan yang diambil pasti berlandaskan kepada prinsip perjuangan beliau bukan untuk kepentingan diri semata-mata,” katanya mengulas tindakan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengatakan Ketua PGRS Bahagian Tungku, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan ‘bertukar baju’ untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan pada lawatan beliau ke kawasan ini, Jun lalu.

Jelas Mohd Ar Razee, memiliki kuasa adalah sesuatu yang penting, termasuk dalam bidang politik kerana tanpa kuasa, bagaimana pemimpin hendak membantu rakyat.

Advertisement
Katanya, dalam Shafie menuding jari kepada pemimpin lain, Shafie lupa bahawa dia juga ‘bertukar pihak’ untuk mendapatkan kuasa.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau lantang membidas Pakatan Harapan (PH) namun memilih untuk bekerjasama dengan PH selepas PRU.

Advertisement
“Justeru itu, tindakan beliau ini bukankah ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” jelasnya pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan Cawangan-cawangan PDM Segangan yang dirasmikan oleh Ketua PGRS Bahagian Tungku, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.

Berucap lanjut, Mohd Ar Razee berkata, tidak perlu lagi amalan politik kebencian ini diteruskan kerana tidak mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

Tambahnya, adalah lebih baik jika politik dimainkan dengan politik matang yang jelas mahu berjuang untuk negeri dan rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here